Friday, August 19, 2011

Ramadhan 2011

Ketenangan Ramadhan..

Ramadhan kali ini sangat berbeza dengan Ramadhan sepanjang 5 thn lalu..diri ku kini semakin dekat dengan Allah..rezeki yang Allah berikan dalam kerjaya sangat menggembirakan hari aku..tak sangka berkat rezeki itu aku dapat upgrade keta..Namun seperti biasa..perjuangan mencari jodoh masih belum selesai..Namun aku sangat bersyukur kegagalan selama ini berlaku penuh hikmah..kegagalan cinta pertama, kedua dan ketiga...hanya cinta palsu yang jauh terpesong dari calon yang Allah sarankan dalam Islam..dan aku gembira ternyata jodoh yang mereka perolehi tidak setanding aku..bukan aku ingin meninggi diri..namun itulah cara untuk aku melihat sebab mengapa Allah pisahkan kami dari terus bersama..

Ramadhan kali ini sangat tenang..aku semakin dapat melihat secara relevan mengapa hidupku masih belum berjodoh..kerana aku ada tanggungjawab yang besar terhadap ibu bapa dan career aku..para pelajar ku..aku amat diperlukan ketika ini untuk menjaga hak2 mereka..Semoga dengan pengorbanan ini, Allah bantu dengan ketenangan, keredhaan dan ketabahan hati menempuh ujian ini dan Allah hadiahkan sesuatu yg terbaik untukku tika saat itu tiba..

Wallahualam..tawakaltualallah..

Buat sesiapa yang mengalami situasi yang sama denganku..dekatkan lah diri pada Allah..sesuatu yang berlaku itu atas kehendak Allah yang terbaik bagi kita..bukan tanda Allah menghukum kita..

1 comment:

  1. tuhan menjodohkan setiap hambanya dengan sifat saling melengkapi.mereka bukan jodoh kamo kerana kamo tidak dapat melengkapi kekurangan mereka dan mereka tidak dapat melengkapi kekurangan kamo. dan berjodohnya sepasang pasangan apabila mereka boleh menjadi 'satu'

    bukan sebab mereka tak setanding kamo,cuma kamo bukan jodoh mereka.

    ReplyDelete