Wednesday, November 11, 2009

Tips Mengawal STRESS

Menjauhi Rokok dan Arak
Perokok-perokok sering mengatakan rokok meredakan tekanan ke atas diri mereka. Sebaliknya kajian-kajian menunjukkan, nikotin yang terdapat di dalam rokok mengganggu otak dan saraf sehingga akhirnya perokok mengalami tekanan yang dikenali sebagai smokers stress ke tahap yang tinggi berbanding mereka yang tidak merokok. Perkara ini disebutkan oleh pakar-pakar dari Psychological ARTS yang beribu pejabat di Austin. Institut Penyalahgunaan dan Ketagihan Alkohol Kebangsaan di Amerika mendapati alkohol juga meningkatkan tekanan. Hal ini disebabkan alkohol merangsang pengeluaran hormon-hormon seperti corticosterone dan adrenaline dari kelenjar-kelenjar pituitary, adrenal dan hypothalamus. Hormon-hormon ini meningkatkan tekanan di dalam diri manusia. Justeru, Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Tidur Yang Mencukupi Adalah Penawar
Tidur yang mencukupi merehatkan badan serta otak. Nabi Muhammad bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari-Muslim)Kajian menunjukkan, seseorang yang tidur 3-4 jam kurang dari kadarnya yang biasa akan mengalami tekanan atau stress dan ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Penemuan ini dilaporkan di dalam majalah perubatan Lancet pada bulan Oktober, 1999.
Warna Persekitaran Yang Sesuai
Mengikut riwayat oleh Abu Naim daripada Abdullah ibn Abbas, Nabi Muhammad suka melihat kepada persekitaran yang menghijau seperti pohon-pohon dan ladang, serta air yang mengalir.Mengikut pakar-pakar warna, warna hijau adalah warna semula jadi yang membawa kepada ketenangan dan kerehatan. Hijau juga merupakan warna kesegaran dan kehidupan. Warna biru muda juga mewujudkan suasana damai yang menguntungkan jiwa kerana ia dikaitkan dengan langit biru dan air yang tenang yang sering kali membawa kepada ketenangan.

No comments:

Post a Comment